Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mahkamah: Saksi Terakhir Pendakwaan Kes Pencerobohan Lahad Datu Belum Dapat Dikesan

7:46pm 23/12/2015 Pak Roshan 120 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

tanduo

KOTA KINABALU : Pihak pendakwaan pada perbicaraan kes pencerobohan Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa saksi terakhir mereka belum dapat dikesan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar berkata pihak pendakwaan mempunyai tempoh sehingga hari ini untuk menggulung kes, namun tidak dapat berbuat demikian kerana masih berusaha mengesan keberadaan saksi SAC Zulkifli Abd Aziz, pegawai Cawangan Khas yang telah bersara.

“Pihak pendakwaan memohon tempoh dua minggu mulai hari ini, untuk memanggil saksi berkenaan sementara usaha sedang dijalankan bagi mengesannya.

“Jika beliau tidak dapat dikesan, kami akan mengemukakan bukti mengenai usaha mengesannya yang tidak berhasil,” katanya.

Peguam mewakili 30 individu yang dibicarakan dalam kes itu tidak membantah permohonan bagi menangguhkan perbicaraan selama dua minggu.

Hakim Stephen Chung menetapkan 5 Jan depan bagi menyambung semula perbicaraan.

Perbicaraan yang diadakan di Jabatan Penjara Sabah itu sudah berlarutan selama 238 hari sejak 6 Jan tahun lepas, dengan 165 saksi telah memberi keterangan.

Dua puluh tujuh warga Filipina dan tiga penduduk tempatan menghadapi satu hingga pelbagai tuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Mereka juga menghadapi pertuduhan merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu-individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April, 2013.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan