Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mahkamah: Polis Tempeleng Tertuduh Kes Lahad Datu Sehingga Bibirnya Berdarah

5:34pm 29/02/2016 Pak Roshan 2369 views Isu Semasa,Mutakhir

tanduo

KOTA KINABALU : Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa seorang anggota polis menempeleng muka seorang tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu sehingga bibirnya berdarah.

Norhaida Ibnahi, 49, berkata kejadian itu berlaku selepas anggota polis itu tidak percaya selepas dia memberitahu bahawa dua individu — Datuk Amirbahar Kiram dan isterinya, yang sedang dicari polis — tidak berada di rumahnya.

“Anggota polis itu membawa saya turun dari rumah (rumah papan yang didirikan di atas kaki bajang). Dia kemudian menempeleng kedua-dua belah pipi saya sehingga bibir saya berdarah.

“Saya menangis. Anak perempuan saya menjerit dan menangis sebab dia takut. Lepas itu, mereka tangkap saya dan geledah rumah saya,” kata tertuduh dalam bahasa Suluk, yang keterangannya diterjemah oleh penterjemah mahkamah.

Norhaida membela diri atas pertuduhan secara sukarela melindungi individu yang dia tahu menganggotai kumpulan pengganas dan memilih untuk memberi keterangan dari tempat duduk saksi.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan