Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mahkamah: Polis Ambil Masa Tiga Hari Pindahkan Barang Kes ‘Ops Daulat’

6:02pm 18/11/2015 Pak Roshan 256 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

tanduo

KOTA KINABALU : Polis mengambil masa tiga hari untuk memindahkan barang kes berkaitan ‘Ops Daulat’ ke sebuah bilik stor yang lebih besar, melibatkan barangan dalam operasi untuk mengusir kumpulan lelaki Sulu bersenjata dari Lahad Datu, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Pegawai penyiasat Insp Mohd Faiz Che Mamat berkata kira-kira 11 pagi pada 1 April 2013, beliau dan ACP Mohd Shariff Abdul Wahid, yang juga Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah ketika itu, sepatutnya memeriksa barang kes itu yang disimpan di dalam sebuah bilik stor lama di ibu pejabat polis Lahad Datu, tetapi tidak dapat berbuat demikian.

“Pemeriksaan tidak dapat dibuat memandangkan barang kes terlalu banyak dan stor itu terlalu kecil.

“Setelah berbincang dengan ACP Mohd Shariff, saya telah diarahkan untuk memindahkan barang kes tersebut ke stor baharu IPD Lahad Datu,” katanya.

Mohd Faiz memberi keterangan pada perbicaraan kes 30 individu yang dikaitkan dengan pencerobohan oleh kumpulan lelaki Sulu bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mohd Shariff memberi tempoh tiga hari kepada beliau untuk memindahkan barang kes itu dan beliau dibantu oleh dua lagi anggota polis untuk melaksanakan tugas berkenaan.

Mohd Faiz, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah ibu pejabat polis Penampang, berkata beliau pergi ke Lahad Datu untuk membantu pasukan penyiasat semasa Ops Daulat atas arahan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah ketika itu, SAC Omar Mamah dan berlepas ke Lahad Datu pada 31 Mac 2013.

Di kandang tertuduh adalah 27 rakyat Filipina dan tiga lelaki tempatan yang berdepan satu hingga pelbagai pertuduhan menganggotai kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Mereka juga didakwa merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 12 Feb dan 10 April 2013.

Perbicaraan di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan