Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mahkamah: Pesakit Mental Didakwa Bunuh Ibu

mahkamah

KAJANG – Seorang pesakit mental dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya minggu lepas.

Koh Fong Thiam, 36, dituduh membunuh ibunya, Koh Po Ying, 76, di rumah No. 6, Jalan Awana 19, Taman Awana Cheras, Batu 9, Cheras, di sini kira-kira 10.05 pagi, 13 Jan lalu.

Tertuduh yang berbaju kemeja-t tanpa lengan mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 20 April depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan forensik siap.

Peguam Anuar Raof yang mewakili Koh memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu merupakan pesakit mental sejak 15 tahun lalu dan beliau juga mengemukakan salinan kad rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bertarikh 26 Jan ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya S. Abirami. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan