Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mahkamah: Pegawai Penyiasat Akui Tertinggal Dua Butir Peluru Daripada Catatannya

rampansan

KOTA KINABALU: Seorang pegawai penyiasat jenayah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa nota berkaitan barang rampasan yang diterimanya daripada pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) tertinggal maklumat berkaitan dua butir peluru.

Inspektor Jamirin Kintai mengakui membuat kesilapan itu apabila beliau mencatatkan 55 butir peluru dan bukannya 57 butir peluru yang diserahkan kepadanya oleh ASP Mursalim Mohd Salleh pada 8 Mac tahun lepas di Pangkalan Taktikal VAT69 di Felda Sahabat 16, Lahad Datu.

“Mula-mula saya membuat catatan (barang-barang dirampas), saya kira ada 57 peluru. Selepas itu, saya serah barang-barang kepada pegawai forensik.

“Kemudian, saya balik (ke balai polis Cenderawasih) dengan catatan saya dan saya tulis semula (pada kertas bersaiz A4). Jadi, mungkin saya tersilap sebab saya kelam kabut,” jelas beliau.

Jamirin berkata dia telah membuang kertas asal yang digunakannya untuk membuat catatan ketika menerima barang rampasan itu daripada Mursalim.

Jamirin turut mengesahkan kesemua 57 butir peluru yang dikemukakannya kepadanya di mahkamah adalah peluru yang diserahkan kepadanya oleh Mursalim.

Tiga puluh tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan kerana pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk sebuah kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung 18 Ogos.

Komen


Berita Berkaitan