Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,731

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mahkamah: Panglima Sulu Dilantik Tanpa Sebarang Kuasa, Mahkamah Diberitahu

4:15pm 11/04/2016 Pak Roshan 565 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Seorang tertuduh warga Filipina dalam perbicaraan kes pencerobohan di Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia tidak diberikan sebarang kuasa sebagai panglima Sulu di sebuah kampung di Semporna.

Al Wazir Osman, 61, berkata dilantik ke jawatan itu oleh individu dikenali Sultan Sulu, Esmail Kiram pada 2008, dan dia menjalankan tanggungjawab untuk menguruskan masyarakat Suluk di Kampung Selamat.

“Seorang panglima ialah wakil atau pemimpin masyarakat Suluk. Mereka (kesultanan Sulu) melantik saya (sebagai panglima) tanpa sebarang kuasa.

“Mereka yang dilantik sebagai panglima akan menguruskan masyarakat Suluk untuk mendapatkan kerja dan dokumen pengenalan diri untuk mereka,” kata Al Wazir dalam bahasa Suluk dan diterjemahkan oleh penterjemah mahkamah.

Dia membela diri terhadap pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong semasa pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo di Lahad Datu pada 2013.

Al Wazir memberitahu mahkamah, sebelum pelantikannya dia ada berjumpa dengan Esmail dan adik Esmail, Datu Agbimuddin, di Semporna pada 2007.

Katanya dua beradik itu berada di Semporna bagi perbincangan dengan kerajaan Malaysia dan mereka bersetuju bahawa warga Filipina di Malaysia tertakluk di bawah pemerintahan Malaysia.

Selepas 2007, Al Wazir berkata dia tidak pernah bertemu Esmail dan Agbimuddin, tetapi pada Februari 2013, dia mendapat tahu daripada berita di televisyen yang Agbimuddin telah datang ke Malaysia bagi perbincangan tentang beberapa perkara.

Kepada soalan peguam Stella Simon semasa pemeriksaan utama, tertuduh itu berkata dia merupakan pengikut Esmail kerana lelaki itu yang dikenali sebagai sultan telah melantiknya sebagai seorang panglima.

Dia turut memberitahu mahkamah yang dia dapat merasakan yang hubungan antara Esmail dan Agbimuddin tidak baik berhubung pertikaian tertentu yang dia tidak pasti.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan