Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,782

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mahkamah mengenakan denda dan penjara ke atas SFI

4:35pm 21/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 8321 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Sabah Forest Industries (SFI) Sdn Bhd telah didenda sebanyak RM 100,000 dan penjara satu hari oleh Mahkamah Sesyen, di
sini, hari ini atas kesalahan melepaskan efluen perindustrian ke dalam perairan daratan.

Syarikat SFI telah diwakili oleh penolong pengurus SFI, Rincent Severianus telah mengaku melakukan kesalahan tersebut dengan
melepaskan efluen perindustrian yang mempunyai kepekatan sebanyak 81 mg/l yang mana melebihi had Standard B iaitu sebanyak 50 mg/l pada jam
diantara 10.25 am hingga 12.40 pm pada 5 Disember, 2013.

Tertuduh dihukum di bawah Peraturan 11(1)(b) , Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan boleh dihukum
di bawah Peraturan 32, Peraturan yang sama.

Peraturan tersebut memperuntukkan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua- duanya dan
denda selanjutnya tidak melebihi RM 1,000 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu.

Berdasarkan fakta kes, pada hari, masa dan tempat yang sama, satu pemeriksaan telah dilakukan oleh pasukan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sepitang. Semasa pemeriksaan tersebut pihak penguatkuasa mendapati terdapat aktiviti perlepasan efluen perindustrian di kawasan terbabit yang disalurkan terus ke dalam laut di teluk Brunei.

Dalam mitigasi, tertuduh yang diwakili oleh peguam bela S. Vanigopal memohon agar denda minimum dikenakan keatas kesalahan yang dilakukan
oleh tertuduh. Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan meminta agar hukuman yang setimpal dikenakan kerana tertuduh telah melakukan
kesalahan yang berat.

Selain itu, Hakim Ainul Shahrin Mohamad mendengar bahawa tertuduh sebelum ini mempunyai tiga kesalahan lampau dari tahun 2005 hingga
2008 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling.

Disamping itu, Ainul berkata walaupun kesalahan pada kali ini bukan dibawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 namun tertuduh masih lagi tertibat dalam kesalahan yang serupa.

“Alam sekitar ini milik semua pihak, jika terdapat individu atau syarikat yang mencemarkan alam sekitar maka semua orang akan turut menerima kesan tersebut”, katanya.

 Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Persekutuan, Timbalan Pendakwa Raya, Hashim Awang. Oleh Elezebeth
Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan