Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mahkamah: Lelaki gagal pamer kad pengenalan dipenjara satu bulan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki berbangsa Kadazandusun dihukum penjara selama satu bulan oleh Mahkamah Majistret, disini hari ini atas kesalahan gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri kepada pihak polis.

Morris Mansibor, 32 hadir dihadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus melakukan kesalahan tersebut di kawasan lapang Taman Ridgeview Fasa 12, Luyang pada jam lebih kurang 12.10 tengahari pada 31 Disember, tahun lalu.

Morris dihukum dibawah Seksyen 25 (1)(n) Peraturan- Peraturan Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM 20,000.

Dalam mitigasi, Lindsay Micheal yang bertindak sebagai peguam tertuduh mohon agar hukuman ringan dikenakan ke atas tertuduh. Katanya, kad pengenalan Morris pada ketika itu hilang dan disebabkan itu tertuduh gagal mempamerkan kad pengenalannya apabila diminta oleh polis yang bertugas.

Mahkamah turut memerintahkan agar hukuman Morris dikira dari tarikh penangkapan.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan