Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mahkamah Diberitahu Senapang Rampasan Tertera Made In The Philippines

filipina

KOTA KINABALU– Selaras senapang yang dirampas dari Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna selepas satu pertempuran pada 2 Mac tahun lepas, tertera perkataan “Made in the Philippines” (Buatan Filipina), demikian Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada .

Ketika mengenal pasti senapang M16 itu, anggota Cawangan Khas Sabah (SB) Sarjan Mohd Mustafa Kamal Ngah menunjukkan perkataan tertera pada badan senjata itu, yang ditemuinya kira-kira 3 petang pada 3 Mac tahun lepas di dalam sebuah bot di bawah sebuah rumah di mana beliau terperangkap hampir 22 jam.

Turut berada di dalam bot itu ialah mayat seorang lelaki yang ditembak mati, katanya.

Ketika ditanya Timbalan Pegawai Raya Ishak Mohd Yusoff sama ada senapang yang ditunjukkan di dalam mahkamah itu adalah senjata sama yang ditemuinya pada hari itu, Mohd Mustafa Kamal mengakuinya dengan menunjuk sandang hijau pada senapang itu dan dua tali kain hitam yang diikat pada popor senjata itu.

Beliau juga berkata senapang itu tidak mempunyai magazin atau peluru di dalamnya ketika beliau merampasnya.

Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa jarak antara lantai papan rumah itu dan bot ialah kira-kira lima hingga enam kaki, ketika beliau dan seorang lagi anggota polis menarik keluar senjata itu.

Mohd Mustafa Kamal turut mengenal pasti sebuah beg galas hitam yang dilihatnya dibawa oleh pegawai SB Bukit Aman Allahyarham Superintendent Ibrahim Lebar ketika beliau jatuh di hadapannya pada malam 2 Mac tahun lepas, sebelum beliau meninggal dunia akibat kecederaannya.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak mengambil beg galas itu daripada Allahyarham Ibrahim.

“Bila saya tarik beg galas tersebut, tangan arwah Ibrahim sudah kaku. Jadi, saya tidak berjaya mengambilnya,” jelsnya.

Semasa pemeriksaan balas, sarjan itu berkata beliau telah diarahkan supaya memberi pengiringan keselamatan kepada Allahyarham Ibrahim dan tiga yang lain dalam pasukannya, yang tidak membawa senjata api, di Lahad Datu pada 21 hingga 25 Feb tahun lepas dan di Semporna dari 25 Feb hinggalah semasa pertempuran itu.

Menjawab soalan peguam Datuk N. Sivananthan, Mohd Mustafa Kamal berkata beliau tidak tahu mengapa Allahyarham Ibrahim dan tiga anggota itu tidak membawa senjata api.

Namun, katanya beliau tidak melihatnya sebagai luar biasa bagi empat anggota SB Bukit Aman itu tidak membawa senjata api.

Tiga puluh tertuduh, terdiri daripada 27 rakyat Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan dalam kes ini, dengan sesetengah daripada mereka menghadapi tuduhan menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, mencari anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung pada 8 Sept ini.

Komen


Berita Berkaitan