Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mahkamah bergerak bantu penduduk pedalaman

8:29am 20/10/2016 Leolerry Lajius 39 views Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: Program Bersepadu Mahkamah Bergerak membantu warga pedalaman di Sabah mendapatkan dokumen pengenalan diri.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjun berkata program  tersebut berjaya membantu 200 orang warga tempatan di Kota Marudu mendapat faedah daripada perkhidmatan berkenaan.
“Kami akan meneruskan program ini bagi memudahkan warga tempatan khususnya di kawasan pedalaman untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri.
“Selepas ini, kami akan ke Pulau Banggi di Kudat untuk membantu penduduk di sana namun ia tertakluk kepada keadaan cuaca.
“Selain itu, kita juga merancang untuk meluaskan khidmat di kawasan Pantai Timur Sabah,” katanya kepada media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Datuk Mahiruddin di Istana Negeri, pada Rabu.
Kunjungan tersebut diadakan bagi memaklumkan perkembangan semasa mengenai aktiviti mahkamah./PENERANGAN

Richard (kiri) berkata sesuatu kepada Tun Juhar.-PENERANGAN

Richard (kiri) berkata sesuatu kepada Tun Juhar.-PENERANGAN

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan