Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mahkamah: Anggota Polis Masuki Hari Kelima Beri Keterangan Berhubung Eksibit ‘Ops Daulat’

6:15pm 26/11/2015 Pak Roshan 189 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

ANGGOTA tentera ketika menjalankan tugas rutin mereka di Pos Kawalan Tentera di Tanduo, bagi mengawal anasir luar dari menceroboh, selepas insiden pencerobohan pengganas bersenjata dua tahun yang lalu di Kampung Tanduo, Lahad Datu. - Foto Edmund Samunting

KOTA KINABALU : Seorang penjaga stor eksibit di Ibu pejabat Polis Lahad Datu memasuki hari kelima memberi keterangan dalam mengenal pasti eksibit yang diterimanya semasa ‘Ops Daulat’, satu operasi bagi menghapuskan kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu, semasa perbicaraan berhubung pencerobohan Lahad Datu di Mahkamah Tinggi di sini.

Sgt Aiyaman Abd Mutalib berkata beliau mencatatkan semua eksibit yang diterima dalam satu Buku Daftar Barang Kes.

Beliau juga berkata seorang pegawai polis meminta beliau mendapatkan sebahagian daripada eksibit yang diterima sebelum ini untuk tujuan analisis selanjutnya.

“Pada 9 Sept, 2013, Inspektor Mohd Faiz Che Mamat ada meminta saya untuk mengeluarkan beberapa barang kes untuk dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya.

Aiyaman memberi keterangan pada perbicaraan 30 individu yang dikaitkan dengan pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Sarjan polis itu berkata eksibit berkenaan yang diminta Mohd Faiz untuk dibawa keluar dari stor eksibit itu ialah telefon bimbit yang diserahkan pegawai polis itu kepada Aiyaman untuk disimpan.

Seramai 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan menghadapi satu hingga pelbagai tuduhan menganggotai kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Mereka juga dituduh merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April, 2013.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah, bersambung esok.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan