Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KEPUTUSAN PERMOHONAN MEMBATALKAN PETISYEN WARISAN BAGI PARLIMEN KIMANIS DIUMUM KELAK

KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Pilihanraya akan mengumumkan keputusan permohonan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk membatalkan petisyen Parti Warisan Sabah (Warisan) mencabar kemenangan kerusi Parlimen Kimanis beliau pada suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Supang Lian setelah mendengar hujah dari semua pihak di sini hari ini.

Di dalam petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon Warisan bagi kerusi Kimanis, Datuk Karim Bujang, beliau telah menamakan pemenang kerusi tersebut, Anifah, pegawai pilihanraya dan Suruhanjaya Pilihanraya masing-masing sebagai respondan pertama, kedua dan ketiga.

Karim mencabar kemenangan Anifah bagi kerusi Parlimen Kimanis dan memohon keputusan pilihanraya pada 9 Mei lalu bagi kawasan Parlimen Kimanis diisytihar sebagai tidak sah.

Mewakili Anifah adalah Ansari Abdullah, Tengku Fuad Tengku Ahmad dan Ridwandean Borhan, manakala Thong Fei Eng, Tiong Jia Yiu and Chua Kuan E mewakili Karim.

Respondan kedua dan ketiga diwakili oleh Japar Estaban.-SabahNewsToday

 

Komen


Berita Berkaitan