Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MAHB tubuh Jawatankuasa Bertindak tangani kesesakan lalu lintas di KKIA- Kamarlin

12:32pm 23/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 14 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU- Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi menangani masalah kesesakan aliran trafik di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi berkata jawatankuasa tersebut telah melaksanakan operasi bersepadu mengeluarkan saman dan menunda kenderaan yang menghalang kelancaran aliran trafik di aras pelepasan dan ketibaan.

” Operasi oleh Jawatankuasa Bertindak ini akan dilaksanakan secara berterusan dan akan dipergiatkan terutama di musim perayaan dan cuti sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Sukau berkenaan langkah kerajaan mengurangkan kesesakan lalu lintas di KKIA akibat dari perpindahan Air Asia ke Terminal 1 daripada Terminal 2, dalam Persidangan DUN, disini, hari ini.

Tambahnya, Ahli Jawatankuasa Bertindak terdiri daripada Unit Polis Trafik (PDRM) Kota Kinabalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP), Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Sabah.

Menurut beliau, kesesakan lalu lintas di KKIA bukan hanya disebabkan oleh perpindahan Air Asia ke Terminal 1 daripada Terminal 2.

” Sikap para pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas di kawasan KKIA juga merupakan faktor penyumbang kepada kesesakan jalan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata terdapat beberapa cara- cara menangkap ikan yang dibenarkan di perairan lautan negeri Sabah.

” Alat- alat menangkap ikan yang dibenarkan dan dilesenkan tertakhluk kepada syarat- syarat tertentu seperti operasi pukat tunda, pukat jerut, rawai, pukat tenggelam, bubu, bintur ketam dan pancing.

” Manakala, alat- alat menangkap ikan yang salah disisi undang- undang atau diharamkan adalah penggunaan bom ikan, racun sianida (sujum)… dan senapang ikan,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan