Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mahasiswa UMS siap sedia hadapi cabaran

KOTA KINABALU – Selepas menghabiskan cuti selama hampir sebulan, kini para mahasiswa pengajian tahun akhir di Universiti Malaysia Sabah (UMS), bersiap sedia menghadapi cabaran semester baharu yang bermula pada Isnin lepas.

Anita Predo, 25, yang beasal dari Telupid berkata beliau tidak sabar untuk menghabiskan pengajian tersebut sungguhpun banyak cabaran yang terpaksa dilalui antaranya menyiapkan latihan ilmiah dan pemilihan lokasi untuk menjalani latihan industri.

“Saya berasa risau untuk memilih tempat mengikuti latihan amali.. takut tempat itu tidak bersesuaian dengan saya,” katanya yang berharap akan terus diserap sebagai pekerja tetap selepas menjalankan latihan di tempat berkenaan.

TAHUN AKHIR… (dari kiri) Anita, Matitah dan Louvis bersiap sedia hadapi cabaran. -  foto Sayangsabah
TAHUN AKHIR… (dari kiri) Anita, Matitah dan Louvis bersiap sedia hadapi cabaran. –  foto Sayangsabah

Beliau yang merupakan pelajar di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan dalam bidang Komunikasi Jalur Perhubungan Awam dan Pengiklanan turut menceritakan kesibukannya semasa cuti semester pada baru-baru ini membantu ibunya berniaga.

“Selain membantu keluarga berniaga, saya juga ada menjalankan penyelidikan dalam menyiapkan latihan ilmiah,” katanya kepada wartawan Sayangsabah, baru-baru ini.

Louvis Ferrer Jefree, 23, dari Tuaran yang menuntut dalam pengajian Geologi di Fakulti Sains dan Sumber Alam turut teruja menghadapi tahun akhir yang disifatkannya  memberi lebih banyak cabaran berbanding  tahun sebelumnya.

“Semester ini, cabaran besar yang saya lalui ialah terpaksa meluangkan lebih banyak masa di lapangan dan makmal selain menyiapkan penulisan projek akhir tahun,” katanya.

Menurutnya, pelbagai persediaan yang perlu dilakukan termasuk memahami dengan lebih mendalam konsep asas di samping mengambil peluang untuk terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Seorang lagi pelajar dari Fakulti Kemanusiaan,Seni dan Warisan, Matitah Juati dari Kota Marudu pula berdebar menghadapi semester ini yang dirasakannya amat sukar kerana beliau harus menyiapkan latihan ilmiah dan banyak lagi tugasan.

Pelajar berumur 22 tahun yang menuntut dalam bidang Sejarah itu juga mengakui bukan mudah untuk menghadapi semester akhir ini, namun tetap gembira kerana ini merupakan tahun akhir beliau sebelum menceburkan diri ke alam pekerjaan kelak.

“Saya membuat perancangan dengan lebih teliti pada semester ini di samping menepati masa dan menyiapkan tugasan yang diberikan dengan lebih awal,” katanya. – Oleh DEWIANA TINGGOLONGON / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan