Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mahasiswa perlu pelbagaikan kemahiran

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bergambar beramai bersama pelajar Institiut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pada Majlis Pelancaran dan Penutupan kejohanan Majlis Sukan IPTS Malaysia Zon Sabah, di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, di Kota Kinabalu. – Foto Lano Lan

 

KOTA KINABALU: Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran bagi menempuh alam pekerjaan selepas bergelar graduan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata dunia pekerjaan masa kini bukan hanya memerlukan graduan lulus daripada universiti, malah memiliki kemahiran yang pelbagai, selain bidang dipelajari.

“Saya sering menasihatkan penuntut di semua universiti agar sentiasa memiliki nilai tambah dalam pelbagai bidang supaya ia boleh menjadi kelebihan kepada individu.

“Melihat persaingan mencari pekerjaan kini, kita tidak boleh mengharapkan kelulusan cemerlang dalam pelajaran kerana majikan gemar memilih pekerja berkemahiran,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Sukan Mahasiswa Zon Sabah 2018, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah isterinya, Datin Seri Shuryani Shuaib; Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yaacob dan Presiden Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Malaysia (MASISWA), Profesor Dr Mohd Zamri Yusoff.

Kejohanan itu berlangsung sejak Jumaat lalu disertai kira-kira 600 mahasiswa daripada 22 IPTS di seluruh negeri ini dengan mempertandingkan 10 acara sukan.

Kolej Universiti Yayasan Sabah muncul juara keseluruhan dengan enam pingat emas, empat perak dan dua gangsa.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, pembabitan mahasiswa dalam acara sukan seumpama itu bukan sahaja mampu memberi kelebihan kepada individu dalam bidang sukan, malah melatih bagi membudayakan gaya hidup sihat. –¬†Oleh Mohd Nazllie Zainul/BH Online

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bergambar beramai bersama pelajar Institiut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pada Majlis Pelancaran dan Penutupan kejohanan Majlis Sukan IPTS Malaysia Zon Sabah, di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, di Kota Kinabalu. – Foto Lano Lan
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bergambar beramai bersama pelajar Institiut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pada Majlis Pelancaran dan Penutupan kejohanan Majlis Sukan IPTS Malaysia Zon Sabah, di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, di Kota Kinabalu. – Foto Lano Lan

Komen


Berita Berkaitan