Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mahasiswa perlu berfikiran kritis, kreatif dan matang

Pertunjukan Hakkah daripada PALAPES Udara
Pertunjukan Hakkah daripada PALAPES Udara

KOTA KINABALU – Golongan mahasiswa digesa agar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sihat yang boleh memupuk pemikiran minda yang kritis, kreatif dan matang.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, sejak kebelakangan ini, isu penglibatan mahasiswa dalam gejala sosial menimbulkan kebimbangan dan ia perlu diatasi dengan kadar segera bagi mengelakkan masa depan mahasiswa hancur.

“Proses pengajian di dalam universiti adalah peluang baik untuk mencipta masa depan yang cerah dan cemerlang untuk mencipta kegemilangan yang terbilang dalam kalangan mahasiswa,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perbarisan Badan-badan Berunifom, di sini, hari ini.

Katanya, mahasiswa perlu ingat bahawa mereka merupakan bakal pemimpin negara seterusnya meneruskan legasi negara ini pada masa akan datang.

Menurutnya, pembentukan negara banyak bergantung kepada sumbangan dan kejayaan para mahasiswa yang jitu dan bersikap positif.

Beliau menambah, negara meletakkan harapan tinggi kepada generasi muda kerana merekalah yang akan mencorak masa depan negara menjadi sebuah negara yang maju dan berdaya saing tinggi. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Pertunjukan daripada PALAPES Laut
Pertunjukan daripada PALAPES Laut

Komen


Berita Berkaitan