Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mahasiswa berperanan realisasikan Transformasi ke Arah Universiti IR4.0: Naib Canselor UMS

Majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji Siswa-siswi Baharu Sempena Minggu Suai Mesra Sesi 2018/2019 di Dewan Canselor UMS, hari ini. Gambar SNT/Ehsan UMS

KOTA KINABALU: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin menyeru warga UMS khususnya siswa-siswi baharu agar menghayati dan mengamalkan lima nilai yang menjadi tunjang Transformasi ke Arah Universiti Industri 4.0.

Beliau berkata, lima nilai tersebut, iaitu Dinamik, Kelestarian, Integriti, Keadilan dan Darjah Kegembiraan perlu diamalkan oleh penuntut universiti itu semasa proses pengajaran, pembelajaran dan pengurusan.

“Teknologi digital atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan menyebabkan banyak perkara, aktiviti mahupun sesuatu proses dilakukan secara pintar pada masa kini.

“Kesemua nilai ini perlu disuburkan dalam diri seluruh warga UMS dan dijadikan kayu ukur untuk anda muhasabah diri serta mencari jalan untuk memperbaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik pada hari ini, hari esok dan hari-hari mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 4,229 pelajar baharu pada Majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji Siswa-siswi Baharu Sempena Minggu Suai Mesra Sesi 2018/2019 di Dewan Canselor UMS, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Datuk Dr. Yusof Yacob yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ahli-ahli lembaga pengarah UMS, serta pegawai-pegawai utama dan kanan UMS.

Dr. D Kamarudin turut berpesan agar semua pelajar baharu sentiasa gembira semasa melanjutkan pengajian di UMS dan memberikan sepenuh tumpuan kepada pembelajaran di UMS.

“Pengurusan universiti serius untuk memastikan perkara berkaitan darjah kegembiraan berjaya dilaksanakan kerana ini adalah sebahagian daripada atribut ‘Future Proof Graduate’ selaras dengan Pelan Strategik UMS 2018-2020 iaitu KRA 8 – Mempertingkatkan Pengalaman Holistik Pelajar.

“Siswa-siswi haruslah menitikberatkan hal-hal melibatkan kehadiran ke kuliah, tutorial dan sentiasa mengunjungi pustaka ilmu yang ada sebagai budaya kecemerlangan yang seharusnya menjadi ikutan, selain menyingkirkan daripada amalan negatif seperti malas, suka bertangguh, ponteng kelas dan sebagainya sebelum tabiat buruk ini melarat dan memudaratkan pengajian kelak,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan