Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mahar tinggalkan al-Quran, baju hujan untuk ibu

VERRYS (kanan) bersama pelakon utama Laskar Pelangi di depan sekolah mereka.
VERRYS (kanan) bersama pelakon utama Laskar Pelangi di depan sekolah mereka.

Belitung: Senaskhah al-Quran kecil dan baju hujan menjadi kenang-kenangan terakhir ditinggalkan pelakon filem Laskar Pelangi, Verrys Yamarno, untuk ibunya.

Selepas selamat dikebumikan kelmarin, pemuda Belitung yang membawa watak Trafani dalam filem berkenaan, Suharyadi Syahramadhan, menyerahkan dua barang itu kepada Normala, 44, yang hidup tanpa suami sejak Verrys berusia tujuh tahun.

Penyerahan barang Verrys itu disaksikan beberapa pelakon lain Laskar Pelangi serta teman sekuliah mereka di Institut Kesenian Jakarta.

Kata Suharyadi, Verrys sendiri berpesan supaya al-Quran dan baju hujan itu diserahkan kepada Normala.

Verrys – membawa watak Mahar dalam filem arahan Riri Riza – ditemui mati dalam bilik sewanya pada Isnin lalu.

Dia yang pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya dua tahun lalu sering mengadu sakit kepala, loya dan muntah-muntah.

Penulis asal novel Laskar Pelangi, Andrea Hirata berkata, Verrys mengalami penyakit vertigo kesan daripada kemalangan berkenaan. – Agensi

mahar2
VERRYS bersama rakannya, Giovanni Dwielista, dalam gambar terakhir dimuat naik di akaun Facebooknya pada 24 November tahun lalu.

 

Komen


Berita Berkaitan