Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mah: Jangan mempolitikkan isu negara

8:21pm 20/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 20 views Tempatan
Musa (tengah) dan kepimpinan tertinggi Parti Gerakan bergambar kenangan bersama pesakit Thalasemnia. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Musa (tengah) dan kepimpinan tertinggi Parti Gerakan bergambar kenangan bersama pesakit Thalasemnia. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Para wakil rakyat dinasihati agar menyelesaikan isu yang timbul di negara ini seperti peningkatan kos sara hidup rakyat dan bukan menjadikan ia sebagai satu isu politik, kata Dato’ Mah Siew Keong.

Beliau merupakan Presiden Parti Gerakan berkata Parti tersebut menyerahkan beberapa memorendum kepada pihak kerajaan dalam tempoh enam bulan yang lalu.

“Memorendum tersebut adalah berkenaan bagaimana kita (Gerakan) dapat membantu rakyat mengembangkan ekonomi mereka, memantau kenaikan kos sara diri…. kami juga berusaha dalam membantu warganegara khususnya warga emas yang masih belum mempunyai kad pengenalan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa dalam satu sidang media sempena majlis rumah terbuka anjuran Parti Gerakan Sabah di Hotel Hyatt Regency, disini, hari ini.

Disamping itu, Mah turut berharap semua masyarakat atau wakil rakyat tanpa mengira parti politik agar dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Timbalan Setiausaha Parti Gerakan, Datuk Gordon Leong Vui Cheung.

Dalam majlis tersebut, beberapa aktiviti seperti pemberian angpau kepada para pesakit Thalasemnia turut dilaksanakan.

Sementara itu, Mah yakin bahawa Barisan Nasional (BN) di Sarawak dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik di Pilihan Raya pada bulan April, akan datang.

Beliau berkata BN telah melaksanakan beberapa polisi baru bagi membantu rakyat di negara ini dan ia menunjukkan BN komited dalam membantu meningkatkan kehidupan masyarakat setempat. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Dari kiri Raymond, Mah, Musa dan Gordon sambil memegang skrol bertuah di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan di Hotel Hyatt Regency, disini. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

Dari kiri Raymond, Mah, Musa dan Gordon sambil memegang skrol bertuah di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan di Hotel Hyatt Regency, disini. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan