Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MAFI akan manfaatkan peruntukkan yang diluluskan kerajaan negeri

3:04pm 23/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 14 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Sabah akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukkan yang telah diluluskan bagi menjamin kejayaan program- program yang dirancang dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke – 11 (2016- 2020).

Menterinya, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata peruntukkan sebanyak RM 414.51 juta telah diluluskan untuk menyokong dan mempergiatkan pembangunan sektor pertanian pada tahun hadapan.

” Peruntukkan yang besar ini jelas membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap sektor pertanian di negeri ini,” katanya dalam ucapan penggulungan perbahasan pada Persidangan DUN, disini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya melalui Jabatan Pertanian telah diperuntukkan sejumlah RM 18.53 juta bagi membiayai 13 projek imbuhan balik Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2017.

” Manakala, sejumlah RM 38.11 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan 26 projek,” katanya.

Dalam masa sama, Yahya yang turut merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata pihaknya akan terus melaksanakan semua program dan projek pembangunan yang telah diluluskan untuk sektor ternakan bagi tahun 2017.

” Daripada jumlah RM 16.46 juta yang diperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) bagi tahun 2017 akan dibelanjakan untuk aktiviti- aktiviti perubatan veterinar (RM 4.1 juta), pelaksanaan perundangan seperti Enakmen Haiwan 2015 dan Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 (RM 0.5 juta),” jelasnya.

Disamping itu, katanya, sejumlah RM 1.6 juta akan diagihkan bagi tujuan aktiviti pengeluaran dan penyelidikan makanan ternakan, kata

Yahya berkata isu pemakanan ternakan perlu diberi keutamaan bagi memperkasakan industri ruminan. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan