Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MADIUS TANGAU PRESIDEN BARU UPKO

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menang jawatan presiden Upko tanpa tanding bagi penggal 2018-2021.

Keputusan ini belum lagi rasmi namun pengumuman rasmi hanya tinggal formaliti disebabkan hanya enam bahagian sahaja lagi yang belum mengadakan mesyuarat tritahunan masing-masing.

Manakala, 20 bahagian telah pun bermesyuarat dan semua membuat resolusi yang serupa iaitu mahu jawatan presiden tidak dipertandingkan dan Tangau diangkat sebagai presiden.

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menang tanpa tanding jawatan presiden Upko . Gambar Fail SNT

Perlembagaan Upko menyatakan seseorang harus mendapat pencalonan sekurang-kurangnya  satu-pertiga daripada 26 bahagian untuk layak bertanding jawatan presiden.

Dengan itu Tangau yang sebelum ini adalah timbalan presiden sudah pasti akan diumumkan sebagai presiden baru Upko semasa Persidangan Tritahunan parti itu para 13 dan 14 Oktober nanti.

Bahagian-bahagian Upko yang telah bersidang ialah Kota Kinabalu, diikuti Papar, Putatan, Penampang, Tuaran, Labuan, Labuan,  Ranau, Tawau, Libaran, Silam, Kinabatangan, Beluran, Beaufort Sepanggar, Kota Marudu dan empat bahagian di Perak iaitu Tapah, Gopeng, Parit dan Tanjung Malim.

Sementara bahagian yang belum lagi mengadakan mesyuarat ialah Pensiangan, Kimanis, Keningau, Tenom, Kudat dan Sipitang.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, calon yang mendahului adalah Setiausaha Agung, Datuk Donald Mojuntin.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan