Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Madius Tangau Nafi Cadang Tubuhkan Cawangan FRIM Di Sabah

9:11am 18/11/2015 Pak Roshan 16 views Mutakhir,Nasional

frim

KUALA LUMPUR : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menafikan beliau mencadangkan untuk mewujudkan cawangan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Sabah.

Tangau ketika berucap dalam sebuah majlis di Kota Kinabalu minggu lepas, hanya mencadangkan FRIM menubuhkan satu bahagian yang khusus untuk menjaga Acacia Mangium dalam lingkungan tugas institut itu, kata Setiausaha Akhbarnya, Chris Maskilone dalam kenyataan hari ini.

Maskilone berkata cadangan itu dibuat berdasarkan Sabah dan Sarawak yang mempunyai ladang Acacia Mangium yang luas iaitu di Sabah seluas 63,980 hektar atau kira-kira 26.8 peratus daripada ladang perhutanan di negeri ini dan Sarawak, kira-kira 236,936 hektar.

“Dengan keluasan yang besar itu, Madius percaya jika bahagian khusus ditubuhkan dalam FRIM untuk memberi bantuan sekiranya sesuatu berlaku dan membahayakan ladang acacia keseluruhan,” katanya.

Katanya, Tangau berkata demikian semasa merasmikan ‘Bengkel Pemindahan Teknologi bagi Menambah Nilai Acacia Lumber dari Sabah – Projek Kemasyarakatan’ oleh Persatuan Industri Perkayuan Sabah (STIA) yang dibiayai oleh kementerian itu minggu lepas.

Tangau, yang merupakan bekas Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, melahirkan kebimbangan beliau terhadap acacia yang ditanam di Sabah kerana banyak pokok bertukar menjadi pulpa dan bukan digunakan untuk membuat perabot.

“Beliau kesal kerana cadangan baik untuk membantu pengeluar perabot tempatan telah diputar belit menjadi isu politik,” kata Maskilone.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan