Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Madius saran Momogunsia perkasa penulisan etnik, kerjasama serantau

RAYMOND menyampaikan beberapa naskah buku kepada Madius.
RAYMOND menyampaikan beberapa naskah buku kepada Madius.

KOTA KINABALU- Kelab Penulis Kadazandusun Murut atau Monunurat Momogun Malaysia (Momogunsia) diminta memperkasakan penghasilan penulisan berkaitan etnik Sabah di samping usaha mempergiatkan kajian melalui jalinan kerjasama dengan etnik-etnik serumpun pelbagai negara di Asia Tenggara.

Presiden Parti Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, Momogunsia juga adalah badan penulis yang amat sesuai untuk memberikan sumbangan bahan pembelajaran bahasa Kadazandusun di sekolah-sekolah, kolej dan universiti.

Masyarakat berbilang etnik di Sabah memiliki kekayaan warisan tradisi yang belum diterokai sepenuhnya dan adalah penting bagi golongan penulis etnik berkaitan untuk menghasilkan tulisan dan kajian tentang etnik mereka untuk rujukan generasi masa hadapan di samping sebagai sumber ilmiah yang boleh dirujuk para pengkaji dalam dan luar negara,” kata Madius.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat jawatankuasa pusat Momogunsia diketuai Timbalan Pengerusi, Raymond Majumah di pejabat Madius di sini baru-baru ini.

Dalam kunjungan itu, Raymond memberikan taklimat kepada Madius mengenai kegiatan badan penulis yang sedang dijalankan di samping perancangan tahun hadapan untuk menganjurkan Pertemuan Penulis Etnik Serantau melibatkan negara-negara Asia Tenggara.- Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan