Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Madius sambut baik siasatan semula 1MDB

Tangau (tengah) sebagai ketua bahagian Upko Tuaran yang menang tanpa tanding mengambil tempat di hadapan bersama ahli jawatankuasa bahagian sebelum Mesyuarat TriTahunan bahagian bermula.Gambar SNT/Ehsan Upko Tuaran

TUARAN, 23 Ogos (Bernama) — Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyambut baik keputusan menyiasat semula  skandal  1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah itu walaupun beliau berada dalam kabinet kerajaan persekutuan  terdahulu, tidak banyak yang beliau ketahui mengenai isu tersebut termasuk Kementerian Kewangan membayar hutang 1MDB.

“Pelbagai kenyataan mengenai 1MDB yang kita keluarkan ketika berada dalam kerajaan lepas adalah berasaskan maklumat yang ada termasuk maklumat yang diberikan oleh pengurus-pengurus daripada 1MDB,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Tuaran, di sini hari ini.

Madius juga berharap individu yang didapati terbabit dalam isu 1MDB dikenakan tindakan sewajarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai 100 hari kerajaan baharu Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan kerjasama UPKO dan Pakatan Harapan, Tangau berkata tempoh berkenaan telah menjadi satu proses membina satu pasukan yang mantap.

“Dalam tempoh 100 hari kita berjaya menjalinkan keserasian dalam kepimpinan dan mempunyai keyakinan antara satu sama lain lain,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan