Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Madius Arah Lakukan Pembenian Awan Untuk Tangani Jerebu Di Sabah

5:32pm 06/04/2016 Pak Roshan 29 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

Pembenihan-Awan

KOTA KINABALU : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau telah mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melakukan operasi pembenihan awan (OPA) serta merta, berikutan keadaan berjerebu di Sabah.

Beliau berkata arahan itu merupakan reaksi proaktif untuk menangani isu jerebu yang telah melanda Sabah sejak beberapa hari lepas.

“Bagaimanapun, keberhasilan OPA bergantung kepada faktor semula jadi yang ideal. OPA tidak mampu menghasilkan hujan tanpa kewujudan awan yang sesuai, dan pembentukannya ditentukan mutlak oleh proses natural iaitu di luar kawalan manusia atau teknologi,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dalam OPA yang dilaksanakan bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), larutan air garam akan disembur ke dalam awan kumulus menara bagi membantu mempercepatkan proses perkembangan serta pematangan awan, sebelum menghasilkan hujan.

“Namun berdasarkan pemantauan radar dan satelit, sejak dua hari lepas Sabah tidak mempunyai awan jenis kumulus menara menyebabkan OPA tidak dapat dilaksanakan.

“Oleh itu MetMalaysia akan terus memantau keadaan cuaca di Sabah dan OPA akan dilaksanakan dari pangkalan TUDM Labuan Sekiranya keadaan awan sesuai,” kata Madius.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan