Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Macam-Macam Taktik, Penyamun Dah Berani Toreh Beg Mangsa

gambar hiasan
gambar hiasan

ZAMAN sekarang, bermacam-macam taktik serta modus operandi yang digunakan oleh penjenayah demi melunaskan kerja jahat mereka.

Terbaharu, penjenayah menggunakan taktik menoreh beg tangan mangsa untuk mendapatkan dompet dan barangan berharga yang mungkin berguna untuk mereka.

Macam baru-baru ini yang terjadi kepada rakan pengguna Facebook, Yin Zaim yang menceritakan kisah bagaimana kawannya hampir menjadi mangsa jenayah samun.

Menurutnya, insiden berlaku ketika kawannya itu sedang membeli-belah sambil mendukung anaknya.

Sementara membelek-belek barang, dia menyedari terdapat sekumpulan orang yang cuba menghimpit dirinya pada ketika itu.

Kawannya itu baru sahaja perasan begnya ditoreh ketika hendak membayar barangan yang dibeli di bahagian juruwang.

Namun, nasib menyebelahi dirinya, walaupun begnya teruk ditoreh, dia tidak kehilangan wang ringgit kerana bahagian yang ditoreh itu, mangsa hanya meletakkan pampers anaknya sahaja.

Nasib baik..

Buat anda semua, sentiasa berhati-hati dan perhati orang sekeliling.

Yang penting, jangan sesekali leka dengan beg dan barang berharga yang dibawa bersama. – MYNEWSHUB.CC

3

Komen


Berita Berkaitan