Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Macam kembar 10

WANITA berkenaan berisiko maut akibat sista ovari seberat 31.8kg yang menekan organ dalamannya. – DM

Mexico City: Seorang wanita yang menderita 11 bulan akibat ketumbuhan seberat 31.8 kilogram (kg) di dalam rahimnya hampir sama dengan berat 10 bayi yang baru lahir akhirnya menjalani pembedahan membuangnya.

Berat badan wanita berusia 24 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu meningkat mendadak walaupun dia berdiet.

Masalahnya hanya dikenal pasti selepas menjalani ujian imbasan.

Ketika keputusan diambil untuk melakukan pembedahan bagi membuangnya, ketumbuhan itu sudah seberat 31.8kg.

Ia menimbulkan risiko kegagalan jantung kerana ketumbuhan itu menindih organ dalamannya, seterusnya menyebabkan wanita itu menghadapi masalah untuk berjalan, bernafas dan makan. – DailyMail/HMetro

Komen


Berita Berkaitan