Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Macam dalam filem, futsal ‘dunia fantasi’ di Sabah

Gelanggang futsal di Nabawan, Sabah yang dikelilingi pokok yang dibiar menjalar dan rumput hijau. — Foto ihsan Facebook/Harimau Malaya

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Bermain futsal di tengah-tengah suasana kehijauan bukan lagi ungkapan indah tetapi benar-benar menjadi realiti.

“Fantasi” itu dialami penduduk dan murid-murid Sekolah Menengah Logongan di Nabawan, daerah pedalaman Sabah.

Gelanggang itu dikelilingi pokok menjalar dan rumput hijau yang dibiar sebegitu bagi mengelakkan terik matahari selain membekal udara segar.

Gambar itu dirakam seorang guru menggunakan kamera dron Mavic Pro sebelum ia dikirim ke Facebook Harimau Malaya.

“Berada di sini seolah-olah kita berada dalam dunia fantasi dikelilingi pokok yang cantik dan tumbuhan yang menghijau macam filem Magika,” menurut coretan di media sosial itu.

Guru itu terpaksa melalui jalan balak selama dua jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan satu jam lagi mengharungi sungai untuk ke situ.

Menurut akaun Facebook tersebut, orang kampung atau murid-murid hanya berjalan kaki melalui laluan berbukit selama 15 minit untuk sampai ke gelanggang tersebut. – themalaymailonline

Komen


Berita Berkaitan