Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mabul: MCA, MIC Minta Kerajaan Ambil Pendirian Tegas, Kukuhkan Keupayaan Risikan

MCAMIC

KUALA LUMPUR– MCA hari ini menggesa kerajaan mengambil pendirian tegas dan memperkukuh keupayaan risikan negara terhadap ancaman dalam dan luar negara.

Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Lua Choon Han berkata pencerobohan terbaharu di Pulau Mabul, Sabah pada Sabtu yang mengorbankan Koperal Ab Rajah Jamuan dan menyebabkan Konstabel Zakia Aleip diculik, telah sampai ke tahap yang membimbangkan.

“Langkah-langkah baharu mesti dilaksanakan untuk memperkukuh kawasan pesisiran kita dan memulihkan reputasi negara dari kaca mata antarabangsa bagi mengembalikan keyakinan pelancong,” kata beliau dalam kenyataan di sini.

Dalam insiden 11.10 malam itu, Ab Rajah, 32, terkorban manakala rakan setugasnya, Zakia, 26, dipercayai diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata di Mabul Water Bungalow Resort, Pulau Mabul di Semporna.

Selain menambah jumlah anggota polis dan tentera, Lua berkata MCA mencadangkan supaya latihan untuk anggota keselamatan dipertingkatkan lagi.

Lua berkata tindakan berani kumpulan itu melakukan pencerobohan adalah pencabulan serius terhadap pertahanan negara, oleh itu, jika perlu, kerajaan harus melancarkan serangan balas untuk mempertahan kedaulatan negara.

MCA juga mencadangkan kepada kerajaan supaya menyiasat jika ada unsur-unsur rasuah atau kebocoran risikan yang mungkin menjadi punca pencerobohan.

Bagaimanapun, Lua berkata MCA memuji tindakan pantas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menstruktur semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan berharap cadangan menggunakan pelantar minyak milik Petronas sebagai “pangkalan laut” dilaksanakan dengan segera.

Ketua Wanita MIC Mohana Muniandy pula berkata berikutan insiden itu, keselamatan negara tidak harus dipandang ringan.

Justeru itu, ESSCom perlu meneruskan usaha menjamin sepenuhnya keselamatan di kawasan itu kerana ancaman dari Selatan Filipina adalah perkara yang serius, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Komen


Berita Berkaitan