Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MAB komited tingkatkan jumlah pelancong di Sabah

8:42pm 15/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 21 views Kota Kinabalu,Tempatan
MASIDI (tengah) bersama Peter (kanan) dan Tan (kiri) ketika sesi soal jawab sempena SIE 2016, sini, hari ini.

MASIDI (tengah) bersama Peter (kanan) dan Tan (kiri) ketika sesi soal jawab sempena SIE 2016, sini, hari ini.

KOTA KINABALU- Syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Berhad (MAB) komited meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini.

Pegarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew berkata Sabah mempunyai potensi yang tinggi menjadi destinasi pilihan para pelancong samada dari dalam mahupun luar negara.

“Sabah merupakan salah sebuah negeri yang menepati kehendak para pelancong termasuklah mempunyai udara yang segar, destinasi pelancongan yang menarik dan bandar yang cantik,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena Sabah International Business Luncheon Talk 2016 disini, hari ini.

Peter berkata pasaran industri pelancongan di negeri ini amat memberansangkan dan pihaknya yakin keadaan geografi akan menarik minat para pengunjung ke Sabah.

Dalam masa sama, menurut Peter, MAB akan membuka laluan baharu ke tiga buah negara iaitu China, Korea dan Jepun.

Jelasnya, dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah kedatangan pelancong China ke negeri ini khususnya.

“Saya melihat MAB mampu menggandakan jumlah kedatangan pelancongan ke Sabah dalam jangka masa lima tahun akan datang,”katanya.

Justeru itu, beliau menyeru agar lebih banyak hotel, rumah penginapan dan rumah peranginan dibina bagi menampung jumlah pelancong di negeri ini.

Katanya, kadar penghuni hotel sedia ada di negeri ini telah mencecah 90 peratus dan ia tida SayangSabah k mampu menampung jumlah kedatangan pelancong yang semakin bertambah itu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi MICCI Sabah, Datuk Tan Cheng Kiat. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

RAYMOND melawat gerai pameran sempena SIE 2016. Foto Alex Mairin

RAYMOND melawat gerai pameran sempena SIE 2016. Foto Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan