Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maal Hijrah aspirasi kelangsungan kemajuan, pembangunan negara

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin (dua kiri) menyerahkan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1440H kepada Datuk Matussin Awang Damit (kanan) sambil diperhatikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tiga kiri) dan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Mokhtar (dua dari kanan) pada Sambutan Maal Hijrah 1440H Peringkat Negeri Sabah 2018 di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Umat Islam perlu mencontohi perjuangan baginda Nabi Muhammad SAW dalam mensejahterakan ummah yang sehingga hari relevan dan menjadi panduan kepada usaha membangun serta memajukan negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, limpahan pembangunan yang dinikmati oleh negeri hari ini merupakan antara rahmat penghijrahan Baginda SAW melalui misi dakwahnya menitikberatkan soal pembangunan dan perpaduan ummah.

Mohd Shafie berkata, ini juga membuktikan risalah Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW tidak menolak kemajuan dan perubahan kerana ia adalah fitrah kehidupan.

“Kemajuan yang dianjurkan oleh Islam mengukuhlan lagi asas akidah, amalan ibadah dalam erti kata yang luaa, landasan syarak yang harus dijadikan pedoman dan ikutan serta kekuatan akhlak yang menjadi rujukan dan teladan.

“Justeru, usaha kerajaan mengajak rakyat melakukan penghijrahan dana mencontohi kejayaan Rasulullah SAW membina negara bangsa melalui formula ini,” katanya dalam ucapan sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri 1440H/2018M di Dewan Saadah, Wisma MUIS di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong dan Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr. Yusof Yacob.

Mohd Shafie berkata, sejajar dengan perjuangan Rasulullah SAW mensejahterakan ummah, maka kerajaan komited memacu pembangunan negeri ini ke tahap lebih baik.

Katanya, dalam konteka ini, Sabah mempunyai segala-segalanya untuk muncul sebagai satu kuasa ekonomi.

“Pastinya, jika segalanya berjalan lancar, Insya Allah, Sabah bukan sahaja akan mnejadi antara negeri yang pesat membangun, malah tiada kumpulan akan ketinggalan menikmati arus pembangunan dan kemajuan negeri.

“Sehubungan itu, rakyat perlu membuka mata dan merebut peluang yang wujud untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negeri ini,” ujarnya.

Beliau turut mengajak rakyat di negeri ini untuk merealisasikn cita-cita mencipta perpaduan dan kesatuan ummah seperti yang pernah dikecapi generasi umat Islam terdahulu. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan