Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maaf 70 tahun

Kimura (dua dari kiri) berjabat tangan dengan Murphy.
Kimura (dua dari kiri) berjabat tangan dengan Murphy.

Los Angeles: Mitsubishi Materials Jepun semalam memohon maaf secara terbuka kepada tawanan perang Amerika Syarikat (AS) yang dikerah bekerja di lombong miliknya ketika Perang Dunia Kedua, 70 tahun selepas konflik itu berlaku.

Kerajaan Jepun memohon maaf secara rasmi kepada tawanan perang AS lima tahun lalu dan inisiatif Mitsubishi itu dilihat yang pertama seumpamanya dilakukan syarikat negara itu dalam majlis di Muzium Toleransi, Los Angeles.

Eksekutif Kanan Mitsubishi Hikaru Kimura mengucapkan maaf tidak terhingga kepada James Murphy, 94, dari California – antara segelintir bekas tawanan perang yang masih hidup dan pernah dikerah bekerja di Jepun.

Murphy menerima permohonan maaf yang dianggap ikhlas itu.

“Saya berharap acara bersejarah ini membawa perubahan positif terhadap kita semua di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Kimura berkata: “Selama 70 tahun sejak tamatnya perang, bekas tawanan perang yang dipaksa bekerja untuk syarikat-syarikat Jepun ini cuma mahukan permohonan maaf.

“Kami berharap permohonan maaf Mitsubishi juga diterima bagi pihak semua lombong dan kilang yang mengerah tenaga tawanan perang AS secara paksaan.”

Kimura dan wakil syarikat sebelum ini menemui
Murphy dan keluarga bekas tawanan perang lain untuk memohon maaf atas apa dilalui ketika zaman perang di kilang dikendalikan Mitsubishi.

Syarikat konglomerat itu memaksa kira-kira 900 tawanan perang melakukan kerja berat di empat lombong di Jepun.

“Kami berazam tidak akan membiarkan perkara sebegini berulang. Keadaan ketika itu memang teruk dan kami sebagai syarikat yang mengambil alih Mitsubishi Mining merasa bertanggungjawab etika atas tragedi lalu,” kata Kimura.- AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan