Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MA63 akan dimasukkan dalam manifesto BN- Zahid

Zahid (tengah) mengambil gambar bersama barisan tetamu kehormat dan orang ramai yang hadir dalam majlis berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA BELUD: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
menegaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dimasukkan ke dalam manifesto BN dalam PRU akan datang iaitu sejajar dengan keprihatinan kerajaan dalam menjaga hak Negeri Sabah seperti yang termaktub dalam MA63.

“Saya mewakili perdana menteri dan juga mewakili barisan nasional akan memberi jaminan bahawa MA63 akan dimasukkan ke dalam manifesto BN di pilihanraya akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pecah Tanah Politeknik Kota Belud, di Kampung Kesapang, hari ini.

Kampus Politeknik Kota Belud yang menelan belanja sejumlah RM80 juta ini akan dibina di tanah berkeluasan 30 ekar dan dijangka siap pada tahun 2021 manakala pengambilan kohort pertama bagi dua program yang ditawarkan iaitu Diploma Petroleum dan Diploma Pengurusan Resort dijangka akan dilaksanakan tahun ini dan memulakan pembelajaran di kampus sementara yang beroperasi di Politeknik Kota Kinabalu.

Zahid turut menyatakan, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan sebanyak 97.6 peratus manifesto BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang lalu.

Menurut beliau, pencapaian cemerlang dalam melaksanakan manifesto itu menjadi bukti bahawa BN merupakan satu kerajaan yang terbaik bagi rakyat Malaysia.

Beliau turut menyeru agar rakyat terus memberikan sokongan kepada BN dan tidak termakan dengan hasutan pihak pembangkang yang hanya datang bertemu dengan rakyat secara bermusim.

“Dalam manifesto pilihanraya yang lalu kerajaan telah melaksanakan 97.6 janji dalam manifesto itu yang turut memuatkan jaminan kerajaan terhadap Negeri Sabah.”

“Dalam situasi seperti ini, sudah tentu terdapat pihak yang akan cuba menyerang kita tetapi dengan pencapaian cemerlang kita dan dengan kerjasama erat antara parti komponen BN saya yakin kita akan terus mempertahankan kemenangan di pilihan raya yang akan datang,”katanya.

Yang turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Tun Said serta pemimpin-pemimpin kabinet Negeri Sabah./SayangSabah

Zahid ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan