Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lupakan perbezaan ideologi, syarat untuk kekal harmoni

Shafie Apdal (tengah) bersama-sama menggaul yee sang pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Parlimen Semporna. - foto Masani Sandan
Shafie Apdal (tengah) bersama-sama mengaul yee sang pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Parlimen Semporna. – foto Masani Sandan

SEMPORNA – Masyarakat pelbagai kaum di negara ini perlu saling menerima dan melupakan perbezaan antara satu sama lain untuk terus hidup dalam keadaan aman damai dan harmoni.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu dapat dilakukan dengan sikap saling menghormati dalam apa jua keadaan.

“Kita kena menerima dan menghormati orang lain sebelum kita mahu orang lain menghormati kita, denganya sikap ini, maka sudah tentu kesatuan dan perpaduan itu akan timbul dengan sendiri, jadi lihat persamaan bukan perbezaan,’’ katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2015 anjuran Dewan Perniagaan Tionghua Semporna, di sini semalam.

Shafie menambah, dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum amat penting untuk saling menghormati agama, budaya dan bangsa serta menghargai sumbangan setiap kaum dalam pembangunan negara ini.

“Toleransi rakyat negara ini perlu ditingkatkan dalam keadaaan dunia semakin mencabar serta melihat contoh-contoh permasalahan dari negara luar yang membinasakan kehidupan dan nyawa manusia akibat tiada perpaduan dan kesatuan.

“Tiada kebaikan yang datang kalau keadaan rakyat sesebuah negara berada dalam kacau bilau, tidak berpadu, tidak bersatu, bergaduh sesame sendiri tidak akan membawa manfaat,” ujarnya.

Katanya, kerajaan tidak pernah mengabaikan atau meminggirkan mana-mana, malah mereka diberi layanan sama rata dalam semua aspek agar tidak timbul isu perbezaan.

Beliau dalam pada itu, mahu semua masyarakat menghindarkan diri daripada amalan ekstrem atau cuba dihasut oleh pihak pelampau yang berusaha melihat kehancuran perpaduan yang dimiliki kini. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan