Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Luncheon Talk bersama NGO diadakan 1 Ogos

Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Media Hanaa Wong Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Media Hanaa Wong Abdullah

KOTA KINABALU- Luncheon Talk Bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) anjuran Jawatankuasa Media dan Wanita Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) akan diadakan pada 1 Ogos ini (Sabtu) di Ballroom Wisma Wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Media Hanaa Wong Abdullah berkata, objektif program itu antaranya menyebarluas maklumat mengenai peranan serta fungsi MPWS dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) kepada NGO.

Penjelasan mengenai peranan serta fungsi kedua-dua organisasi itu amat penting agar semua pihak khususnya NGO memahami seterusnya mengelak kekeliruan mengenai MPWS dan JHEWA serta memberi peluang kepada NGO wanita beramah mesra dan mengeratkan hubungan kerjasama dengan para pemimpin wanita di negeri ini,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Media dan Wanita MPWS, di Wisma Wanita, di sini, kelmarin.

Pelbagai acara menarik disusun sempena program itu, termasuk ceramah bertajuk “Wanita dan Media” dan forum “Sembang-sembang Bersama Wanita”.

Forum itu akan dijayakan beberapa pemimpin wanita, iaitu Peguam Besar Negeri Sabah merangkap Pengerusi MPWS Datuk Mariati Robert, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Asnimar Sukardi, Timbalan Pengerusi MPWS Datuk Margaret Fung, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Siti Sapoo Ahok dan Mantan Pengerusi MPWS Datuk Noni Said, manakala moderatornya ialah Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul.- Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan