Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lukisan jadi penghubung dua negara

3:01pm 12/08/2016 Leolerry Lajius 31 views Tempatan
Jainab (kiri) bersama Konsul Jepun bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan Hiroko Matsuo (tengah) dan Pengerusi Authorized NPO Corporation MAY Asaka Center Jepun Fumiko Oike memotong reben sempena majlis perasmian program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab (kiri) bersama Konsul Jepun bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan Hiroko Matsuo (tengah) dan Pengerusi Authorized NPO Corporation MAY Asaka Center Jepun Fumiko Oike memotong reben sempena majlis perasmian program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Bengkel Pendidikan Seni Lukis kanak-kanak dan Pameran Lukisan Kanak-kanak Malaysia-Jepun menjadi platrfom perkongsian ilmu yang seterusnya mengeratkan hubungan diplomatik antara dua negara.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid berkata, program seumpama ini amat dialu-alukan sebagai satu sesi pertukaran budaya dan turut berharap agar para pelajar dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam meningkatkan kemahiran masing-masing.

“Adalah menjadi harapan kita agar bengkel ini dapat memberi nilai tambah dalam sektor pendidikan dan sebagai pendedahan kepada golongan muda dalam memupuk daya saing dan menjadikan mereka individu yang mempunyai integriti dalam berkarya,”katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena program berkenaan, di sini, kelmarin.

Jainab menyampaikan sijil kepada salah seorang guru yang terlibat dalam program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab menyampaikan sijil kepada salah seorang guru yang terlibat dalam program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Seramai 40 orang guru pendidikan seni visual dari sekolah-sekolah rendah di sekitar Kota Kinabalu dan juga lima orang kakitangan perpustakaan telah hadir dalam bengkel ini yang mendapat bimbingan teknik seni lukis Jepun dari  Puan Nakamura Mieko seorang pesara guru yang mempunyai pengalaman dalam seni lukis selama 40 tahun.

Program seumpama ini telah bermula sejak tahun 1987 di antara sekolah rendah di Pulau Pinang dan sekolah di Daerah Asaka, Saitama, Jepun dan di Sabah program ini bermula pada tahun 2001.

Sebanyak 309 buah lukisan dipamerkan yang melibatkan 117 dari sekolah rendah sekitar Kota Kinabalu dan 192 lukisan dari sekolah rendah Jepun sempena program ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

PicsArt_08-11-06.18.00

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan