Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LUKA MILUNOVIC, PEMAIN TERBAIK LIGA PREMIER BULAN FEBRUARI

KOTA KINABALU: Penyerang tengah Tambadau Sabah, Luka Milunovic terpilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my edisi Februari Liga Premier 2019.

Pemain berusia 26 tahun dari Serbia itu mendapat 1,956 undi (48.51 peratus) mengatasi empat calon lain iaitu penyerang JDT II Mohammed Ghaddar (959 undi), Adi Said (UiTM FC – 599 undi), Ramzi Sufian (TFC II – 390 undi) dan Raslam Khan (Selangor United – 128 undi).

Milunovic adalah kesebelasan utama dalam semua enam perlawanan Liga Premier setakat ini dan merupakan pendahulu senarai penjaring Tambadau Sabah dengan sumbangan tiga gol.

Luka Milunovic. Gambar SNT/Ihsan PFAM-asiana.my

“Saya mendapat anugerah ini atas bantuan semua rakan sepasukan. Saya harap kita akan terus mantap sebagai satu pasukan untuk mencipta kejayaan dan mencapai sasaran musim ini,” katanya.

Anugerah itu adalah kelolaan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan asiana.my sebagai pengiktirafan kepada pemain yang telah menyumbang keringat dalam karier mereka dalam masa sama mewujudkan suasana persaingan yang positif.

Anugerah itu unik kerana penghargaan ini dianjurkan oleh para pemain, panel pemilih yang terdiri dari pengamal media memilih calon terbaik dan para penyokong mengundi untuk pemain pilihan mereka.

Penilaian akan dibuat oleh Jawatankuasa Pencalonan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my yang terdiri daripada pengamal-pengamal media sukan yang berpengalaman.

Undian boleh dibuat melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my yang terbuka kepada semua peminat bola sepak di seluruh negara.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan