Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Luahan anak kepada si pembunuh

Ius Pane dibawa anggota polis. FOTO TRIBUNNEWS/IRWAN RISMAWAN

Jakarta: “Apa salah ayah saya. Apa salah kakak dan adik saya,” kata Zanette Kalila Azaria, 14, anak Dodi Triono yang dipertemukan dengan suspek pembunuh ayah, kakak dan adiknya di pejabat Polres Jakarta Timur, di sini, baru-baru ini.

Sambil menangis, Zanette turut bertanya kepada suspek, Ridwan Sitorus atau Ius Pane sama ada masih mengingatinya kerana dia turut menjadi mangsa dalam rompakan sadis Disember lalu.

Apa yang dilakukan Zanette itu diceritakan semula ibunya, Almynda dalam rancangan Hitam Putih pada Khamis lalu.

Menurut Almynda, suspek itu meminta maaf dan sujud di kaki anaknya.

Katanya, Zanette meminta kebenarannya untuk memukul suspek itu tetapi dia tidak membenarkannya.

Dalam kejadian berkenaan, ayah, kakak dan adik Zanette ditemui mati akibat sesak nafas kerana kekurangan oksigen selepas dikurung bersama lapan yang lain dalam bilik air seluas 1.5 meter lebar dan 1.5 meter panjang.

Dua pemandu berusia 40-an dan seorang lelaki dipercayai anak teman Dodi turut terkorban.

Zanette turut dikurung dalam kejadian itu dan cedera. Mangsa lain yang dikurung dan cedera ialah wanita dikenali sebagai Emi berusia 41 tahun dan tiga pembantu rumah Dodi, iaitu Fitriyanim, Windy dan Santi berusia antara 22 hingga 23 tahun. – TRIBUNNEWS.COM / HMetro

Komen


Berita Berkaitan