Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LTAKK Adakan Latihan Pesawat Terhempas

Kota Kinabalu International Airport
Kota Kinabalu International Airport

KOTA KINABALU – Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) mengadakan latihan menyelamat semalam bagi menilai keberkesanan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang dalam menangani kecemasan ketika pesawat mendarat.

Pengurus Kanan Lapangan Terbang LTAKK, Sunif Naiman berkata latihan dari 10 pagi hingga 5 petang itu bertujuan turut memastikan semua agensi pengeoperasian di lapangan terbang bersedia menangani kecemasan secara berkesan.

“Menerusi latihan, kami berharap semua tindakan dapat berjalan sempurna dan selamat secara bersepadu. Penyelarasan dan komunikasi antara agensi akan diuji bagi penambahbaikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Latihan disertai lebih 800 kakitangan dari pelbagai agensi berkaitan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan