Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LSNS disaran ambil atlit sukan sebagai kakitangan

KOTA KINABALU – Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyarankan Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) agar memberi peluang kepada atlit sukan untuk berkhidmat sebagai kakitangan sukan di negeri ini.

Katanya, cadangan tersebut adalah untuk membantu sebilangan atlit sukan yang tidak mempunyai hasil pendapatan tetap selain bagi menghargai jasa mereka yang banyak berkorban dalam bidang berkenaan.

“Pengalaman luas mereka dalam bidang sukan boleh membantu LSNS untuk melahirkan dan melatih lebih ramai atlit di negeri ini di masa hadapan,” katanya ketika berucap merasmikan kejohanan SUKEP III Lembaga Sukan Negeri Sabah 2014 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, di sini hari ini.

Katanya, LSNS boleh menempatkan atlit terbabit mengikut bidang sukan masing-masing sekaligus dapat mengekalkan stamina mereka dalam bidang acara yang disertai.

Mengenai kejohanan SUKEP III, Tawfiq berkata, penganjuran kejohanan seperti itu dapat menggalakkan orang ramai untuk menjadikan aktiviti bersukan sebagai rutin harian mereka.

“Program ini menepati misi kita bersama dalam menerapkan amalan gaya hidup sihat di kalangan pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini,” katanya lagi.

Kejohanan yang berlangsung bermula 26 hingga 29 Januari itu menyaksikan lapan pasukan mewakili kakitangan LSNS dari seluruh negeri, bersaing untuk merebut gelaran juara bagi lima acara yang dipertandingkan iaitu Badminton, Bola Tampar, Futsal, Tenpin Boling dan Dart. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

BERUCAP... Tawfiq semasa berucap merasmikan Kejohanan SUKEP III di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas. - foto Jimmy Tan / sayangsabah
BERUCAP… Tawfiq semasa berucap merasmikan Kejohanan SUKEP III di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas. – foto Jimmy Tan / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan