Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

LPPB perlu bina lebih banyak rumah kos rendah, mampu milik di Sabah

12:30pm 22/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 19 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) perlu membina lebih banyak rumah kos rendah, rumah mampu milik dan rumah untuk disewa di Sabah, kata Adun Klias, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu memberi perhatian khusus kepada masyarakat Sabah bagi membolehkan mereka memperolehi rumah mampu milik.

” Ini kerana melalui beberapa kajian yang dijalankan, para pengkaji sependapat menemui terdapat jurang perbezaan yang luas di antara purata pendapatan penduduk dengan harga purata sebuah rumah di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perbahasan pada Persidangan DUN, disini, hari ini.

Menurut Lajim, pihaknya mengalu- alukan beberapa inisiatif kerajaan untuk membolehkan rakyat Sabah memperolehi rumah mampu milik.

Diantaranya, kemudahan pembelian oleh penjawat awam, projek perumahan mesra rakyat, program perumahan rakyat, program rumah mampu milik dan program pembeli rumah pertama.

” Dengan cara ini rakyat akan memperolehi peluang untuk memiliki rumah sendiri atau menyewa rumah dengan harga dalam lingkungan kemampuan mereka,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan