Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

LPKP Sabah Tingkat Operasi Tangani Kereta Teksi Sapu

9:30pm 27/03/2016 Pak Roshan 170 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

tawau lpkp

KOTA KINABALU – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah akan meningkatkan operasi bagi menangani kehadiran kereta sapu atau teksi haram di kawasan bandar dan luar bandar.

Pengerusinya Datuk Raimi Unggi berkata pelbagai aduan telah diterima daripada orang ramai serta pengusaha bas dan teksi yang meminta penguatkuasaan dilakukan bagi mengatasi masalah itu.

“Isu tersebut perlu diatasi untuk mengelakkan kerugian dan saingan kepada pengusaha syarikat bas atau teksi yang mempunyai permit yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Raimi berkata terdapat peningkatan dalam permohonan lesen perdagangan kenderaan di negeri ini sekali gus menunjukkan sambutan menggalakkan orang ramai terhadap industri perkhidmatan pengangkutan awam.

“Pihak LPKP perlu menambah baik sistem yang sedia ada agar permohonan-permohonan lesen ini dapat dipercepatkan pengurusannya dari semasa ke semasa.

Untuk meningkatkan mutu dan perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini, agensi-agensi kerajaan diharap dapat memberi kerjasama baik dengan pihak LPKP Sabah,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan