Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LPKP Sabah perlu proaktif mengemaskini maklumat TITP

KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah perlu proaktif untuk terus mengemaskini maklumat Program Transformasi Industri Teksi (TITP) kepada pemandu teksi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Kerajaan yang bertanggungjawab, tidak akan membuat sesuatu dasar dengan sewenang-wenangnya.

Katanya Kerajaan telah meneliti dari segenap sudut dan mengambilkira fakta serta penelitian yang mendalam, yang merangkumi keseluruhan industri teksi. TITP meletakkan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai keutamaan dengan menyelesaikan isu-isu struktur yang sudah lama melanda industri teksi berasaskan empat (4) prinsip utama. Antaranya pemandu teksi mendapat keistimewaan berbanding pemandu e-hailing ialah semasa mengambil penumpang melalui tempahan atas talian atau menggunakan aplikasi.

Beliau berkata berbeza dengan pemandu e-hailing, pemandu teksi konvensional yang menyertai e-hailing mendapat akses kepada kedua-dua perkhidmatan e-hailing dan street hailing yang tidak dapat dinikmati oleh pemandu e-hailing kerana perkhidmatan mereka hanya terhad kepada mengambil dan menurunkan penumpang di satu-satu tempat yang telah ditetapkan.

Katanya ada kalangan pemandu teksi yang bingung akan implikasi kewujudan pasaran e-hailing kerana kurangnya pengetahuan tentang bagaimana Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang diihamkan oleh Perdana Menteri dapat membantu.

“Kerajaan tidak membiarkan pemandu teksi terumbang ambing begitu sahaja. TITP dirangka oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) selepas mendapat kelulusan Kerajaan pada Ogos 2016, bagi mendorong industri teksi Malaysia untuk terus berkembang dan menjadi lebih mampan serta responsif kepada kuasa pasaran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra anjuran Koperasi Kakitangan LPKP Sabah Berhad (Ko-LPKP)  LPKP Sabah di Putera Ballroom Bukit Padang semalam.

Hadir sama Pengerusi LPKP Sabah, Datuk Raime Unggi, Penganjur Penganjur, Jason Sumion, ahli-ahli Lembaga Pengarah LPKP Sabah, ahli-ahli Ko-LPKP Sabah  serta kakitangan LPKP Sabah.

Menurut Nancy beliau telah beberapa kali bertemu pengusaha teksi sendiri dengan kumpulan pengusaha serta pemandu teksi bagi menjelaskan maklumat sebenar mengenai e-hailing dan bagaimana TITP dapat membuka lembaran baru kepada mereka melalui inisiatif yang telah disediakan.

“Saya telah menjelaskan bahawa undang-undang dan dasar yang dirangka bukanlah bertujuan mengongkong pemain industri sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak, tetapi ia adalah untuk memastikan keselamatan penumpang dan pengguna jalanraya yang lain, terjamin dan yang paling penting sekali ialah, dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam industri teksi tempatan.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa apabila mendapati kebanyakan pemandu teksi yang saya temui, sebenarnya tidak memperkemas kinikan diri dengan maklumat tentang perkhidmatan e-hailing dan ada juga yang kurang pengetahuan tentang TITP.

Malah, isu yang dirungut, sudah lapuk dan telahpun digantikan dengan bantuan yang membolehkan mereka bersaing secara sihat; dan pada masa yang sama mendapat manfaat TITP yang turut memberi fokus khusus terhadap keperluan dan kebajikan pemandu teksi jelasnya.

Tambah beliau sejak 31 Mac tahun lalu sehingga kini, seramai 2,793 lesen individu telah diserahkan kepada pemandu yang telah menamatkan kontrak sistem pajak, manakala seramai 656 pemandu yang layak telah menerima geran tunai Kerajaan sebanyak RM5000. Inilah bukti keberkesanan TITP dan bagaimana ia dapat memberi sinar baharu kepada pemandu teksi konvensional.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa trend tempahan terhadap perkhidmatan teksi kini sudah berubah dan tidak lagi sama seperti 10 tahun yang lalu. Rakyat kini mempunyai lebih pilihan untuk perkhidmatan pengangkutan dari pintu ke pintu terutamanya pengangkutan batuan awal dan terakhir. Walaupun ada pengguna yang memilih e-hailing, ini tidak bermakna teksi sudah tidak relevan.

“Saya sering menyeru pemandu teksi untuk menjadikan e-hailing sebagai satu peluang dan bukannya ancaman. Pada masa yang sama, saya juga menggalakkan penyedia perkhidmatan e-hailing untuk memberi tumpuan yang lebih untuk membawa pemandu teksi, menyertai platform mereka.

Perkhidmatan e-hailing telah membuka peluang perniagaan kepada rakyat di negara ini yang mahu pergi lebih jauh dalam bidang keusahawanan. Setakat ini, sebanyak 22 penyedia perkhidmatan e-hailing terdapat di Malaysia dengan pelbagai jenama tambahnya.

Sementara itu Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Datuk Raime Unggi menyarankan pemandu teksi di negeri ini supaya menyertai perkhidmatan tempahan secara dalam talian.

Beliau  berkata ia boleh dilaksanakan melalui aplikasi mudah alih atau e-hailing bagi mempersiapkan diri berdepan dengan model ekonomi baharu berbanding operasi teksi secara konvensional.

Katanya, ini berikutan generasi akan datang tidak lagi dapat menerima cara lama kerana ramai memilih untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam menerusi aplikasi ketika ini.

“Pemandu yang menyertai e-hailing boleh melihat potensi untuk memperoleh pendapatan lebih melalui sistem berkenaan, selain memudahkan peluang mendapatkan pelanggan, “katanya.

Dala majlis itu turut diadakan penyampaian sumbangan kepada dua badan kebajikan yang terpilih iaitu Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu dan Rumah Amal Kasih Kota Kinabalu.

Masing-masing menerima RM5,000. Sumbangan daripada Ko-LPKP RM2,000, Datuk Seri Nancy Shukri sumbang RM2,000 dan Datuk Raime Unggi RM1,000./SayangSabah

Nancy dan Raime menyampaikan sumbangan untuk Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu RM2,000 daripada Ko-LPKP Sabah.

Komen


Berita Berkaitan