Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LOT PARKING RM3.16 JUTA

lot parking

New York: Pemaju sebuah kondominium di kejiranan SoHo di sini menawarkan lot parkir yang

lebih mahal berbanding sebuah rumah sederhana mewah di Dallas atau Seattle – AS$1 juta

(RM3.16 juta).

Akhbar New York Times melaporkan, 10 parkir bawah tanah di 42 Jalan Crosby itu jauh lebih

mahal daripada apartmen di atasnya.

Lot parkir berkenaan akan dijual dengan harga antara kira-kira AS$5,000 (RM16,000) dan

AS$6,666 (RM21,300) setiap kaki persegi.

Apartmen tiga bilik diatasnya berharga sekitar AS$8 juta (RM25.6 juta) hingga AS$10 juta

(RM32 juta) atau kira-kira AS$3,100 (RM9,900) setiap kaki persegi.

Ketua Pegawai Esekutif syarikat pemaju itu, Shaun Osher berkata, kawasan parkir di SoHo amat

terhad dan pihaknya bersedia untuk menjadi pendahulu dalam menetapkan harga mahal bagi

tempat letak kereta. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan