Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lori Terhumban Ke Gaung Di Ranau, Seorang Lelaki Parah

7:25pm 18/10/2016 Pak Roshan 7417 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Foto Ihsan Pembaca SayangSabah

Foto Ihsan Pembaca SayangSabah

KOTA KINABALU : Dua lelaki cedera, seorang daripadanya parah, setelah sebuah lori treler terbabas di Kilometer 23 Jalan Ranau-Kota Kinabalu, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa Asdar Apung cedera parah apabila tersepit di dalam lori itu, selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter.

Lelaki berusia 28 tahun itu berjaya diselamatkan pasukan bomba dan kemudian dihantar ke Hospital Ranau menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Seorang lagi mangsa, Mohd Ikmal Safuan Kubus, 20, pula cedera ringan.

Jabatan itu berkata lima anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira 23 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau sejurus menerima panggilan jam 8.32 pagi.

— BERNAMA

Foto Ihsan Pembaca SayangSabah

Foto Ihsan Pembaca SayangSabah

Foto Ihsan Pembaca SayangSabah

Foto Ihsan Pembaca SayangSabah

Foto Ihsan Pembaca SayangSabah

Foto Ihsan Pembaca SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan