Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,748

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lori tangki terbabas, seorang cedera

5:13pm 15/09/2016 Leolerry Lajius 3594 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sandakan,Tempatan

BELURAN: Seorang lelaki cedera selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan yang berlaku di Hutan Simpan Jalan Beluran-Sandakan pagi tadi.

Mangsa Mohd Yazid Bin Harun cedera ringan dalam kejadian melibatkan sebuah lori tangki yang membawa minyak sawit yang terbabas di lokasi kejadian.

Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar je hospital Beluran oleh pihak ambulan sebelum ketibaan pihak bomba.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 11.16 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 37 kilometer itu pada jam 12.00 tengahari.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Asmori bersama lima orang anggota itu terkawal pada jam 12.14 tengahari.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Keadaan lori yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan lori yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

lori lori

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan