Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lori simen terbabas ke gaung di Jalan Bukit Padang

KOTA KINABALU – Sebuah lori simen terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung dalam kemalangan di Jalan Bukit Padang, Luyang di sini kira-kira jam 7.10 malam tadi.

Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang lelaki cedera parah selepas tersepit dalam lori yang dipandunya itu.

Sepasukan lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk seorang pegawai bergegas ke lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan daripads orang awam jam 7.13 malam Ahad.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital berhampiran menggunakan jentera EMRS untuk diberikan rawatan kecemasan,” menurut Bilik Gerakan ibupejabat JBPM ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Balai Polis Trafik yang mengesahkan kejadian itu berkata punca kemalangan masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan