Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lori sardin jadi tumpuan

1:32pm 09/12/2015 Leolerry Lajius 2053 views Mutakhir,Ranau,Tempatan

12343055_1016956258364652_1043099955_o

RANAU: Kes kemalangan  melibatkan sebuah lori milik syarikat Yu Chan Trading yang mengangkut Sardin di jalan Kampung Nabutan menjadi perhatian penduduk apabila sardin yang dimuatkan dalam lori tertumpah apabila kenderaan tersebut terbabas ditepi jalan.

Terdapat juga sebilangan penduduk yang membawa  bekas seperti ‘Wakid’ dan ‘Barait’, datang beramai ramai untuk membersihkan kawasan tersebut dengan mengutip Sardin yang tertumpah dari lori itu.

Senario penduduk yang bersama-sama membersihkan kawasan itu juga turut menjadi viral di media sosial.

12349498_1016956238364654_1040183382_o

Dalam kemalangan kelmarin Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun maut dan dua yang lain cedera.

Mangsa yang dikenali sebagai Sharizan maut di tempat kejadian kerana tersepit pada kenderaan tersebut manakala identiti tiga penumpang yang lain belum dikenalpasti.

Lori milik syarikat Yu Chan Trading itu yang dipandu oleh salah seorang mangsa terbabas dengan sendiri lalu terbalik. –Leolerry Lajius /Sayang Sabah.
12351792_1016956211697990_1378718279_o

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan