Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lori dan viva bertembung, kanak-kanak berusia setahun maut

6:25pm 26/05/2016 Leolerry Lajius 13853 views Tempatan
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak berusia setahun maut  apabila terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah lori jenis Nissan Diesel dan sebuah motokar jenis Perodua Viva yang berlaku di lampu isyarat Batu 5, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian tersebut seorang wanita berusia 25 tahun yang  menaiki Perodua Viva turut mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala manakala 2 lagi penumpang yang lain termasuk seorang pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati motokar Perodua Viva dipandu dari arah Metrotown Jalan Lintas menghala ke Inanam dan apabila sampai di tempat kejadian motorkar Perodua Viva membelok ke kanan untuk ke Jalan Tuaran dan semasa melepasi terowong di Lampu Isyarat Batu 5 tiba-tiba sebuah lori jenis Nissan Diesel yang dipandu dari arah Jalan Tuaran By Pass menghala ke Metrotown telah melanggar motokar Perodua Viva di sebelah kiri.

“Akibat dari kemalangan tersebut seorang bayi lelaki yang berada di sebelah penumpang hadapan Perodua Viva itu mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.”

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati punca kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua yang tidak mengikut mengikut laluan trafik,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan