Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lori dan proton bertembung, seorang parah

7:28pm 08/09/2016 Leolerry Lajius 794 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Keadaan Proton dan lori yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan Proton dan lori yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Seorang parah dan dua lagi cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Lampu isyarat berhadapan dengan Metro Town , petang tadi.

Mangsa Dirrick, 17 parah kerana tersepit pada kenderaan jenis Proton Iswara selepas bertembung dengan sebuah lori lima tan.

Pihak bomba telah tiba di lokasi kejadian sejauh 3 kilometer itu pada jam 5.21 petang dan telah bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit manakala dua lagi mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah dikeluarkan oleh orang awam.

Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II menggunakan EMRS dan Ambulan untuk menerima rawatan.

Operasi yang melibatkan seramai sembilan orang anggota itu tamat pada jam 5.40 petang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan